Friday, September 30, 2011

Kenangan di ASBKJ... 1


Rindu rasanya hati bila teringat segala pahit manis kenangan ketika di ASBKJ 6 tahun lalu...
Menyingkap kembali kenangan silam tatkala diri baru ingin menginjak usia remaja...." Pada tahun 2001, aku telah mendaftarkan diri & secara rasmi telah menjadi pelajar di Asrama Semai Bakti Kelana Jaya (ASBKJ)...aku telah di tempatkan di Sekolah Menengah Sultan Abdul, Petaling Jaya...Di sini semua pelajar terdiri daripada anak-anak FELDA yang berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang & telah dipilih oleh pengurusan FELDA untuk belajar di sini..Kami semuanya daripada pelbagai FELDA di seluruh Malaysia..Jadi di sini kami bertemu & mula berkenalan....Seingat aku, pengambilan pelajar baru pada tahun ini lebih kurang 60 orang...
Kami memulakan kehidupan di asrama sebagai pelajar yang perlu berdikari kerana jauh daripada keluarga...Di sini, kami hanya perlu belajar dan uruskan segala keperluan peribadi...Yang lain-lain telah di uruskan oleh pihak asrama...Satu dorm 25 orang..
Kenangan semasa menjalani Minggu Orientasi memang menyeronokkan walaupun sedih & geram bila berhadapan dengan karenah abang-abang & kakak seniour...Tapi nie lah hakikat yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar baru di sini....Paling best kalau dapat outing..biasalah hari Ahad bergilir-gilir antara pelajar lelaki & perempuan...Biasanya pergi Pasaraya Giant & Bintang jelah,maklumlah nak pergi jauh-jauh takut kantoi dengan Penyelia kan..Hehehe..
(budak baik heheh)


Setiap hari,kalau hari sekolah je:Pagi-Bangun sahaja dari tidur,sarapan pagi kemudian naik bas pergi sekolah...Balik je sekolah-Makan tengahari,mandi,pergi kelas prep atau kelas tambahan...Petang-Lepas minum petang,bolehlah nak riadah,kemudian kol 6.00 dah makan malam...Malam-Lepas solat maghrib,kelas prep (8.00 mlm - 10.00 mlm),pastu minum malam...
Pukul 11.00 mlm dah kena tutup lampu dorm..Beginilah rutin kami setiap hari...Time cuti sekolah panjang je baru boleh kami balik kampung & semasa cuti hari raya...Kiranya dalam setahun tue cuma 4 kali je lah balik kampung...Tapi aku 3 tahun aku kat sini, setiap tahun aku sambut raya haji kat sini ngan kawan-kawan...


Form 4,jumlah kami semakin berkurangan..Daripada 60 orang sekarang dah tinggal 5 orang..Sebabnya ramai kawan-kawan yang tukar sekolah..Ada yang masuk MRSM & Sekolah Teknik & SBP....Selamat tinggal kawan-kawanku..Teruskan perjuangan anda di tempat baru...Aku pindah g teknik Gombak...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...